Burung Enggang tergolong dalam kumpulan Bucerotidae yang termasuk 57 spesies. Sembilan spesies daripadanya berasal endemik di bahagian selatan Afrika.
Ciri-ciri
Semasa pengeraman, enggang betina bertelur sehingga enam biji telur putih terkurung di dalam kurungan sarang, diperbuat daripada selut, najis, dan kulit buah. Hanya terdapat satu bukaan kecil yang muat bagi burung jantan menghulur makanan kepada anak burung dan burung enggang betina.Apabila anak burung dan burung betina tidak lagi muat dalam sarang, burung betina akan memecahkan sarang untuk keluar dan membina semula dinding tersebut, dan kedua burung dewasa akan mencari makanan bagi anak-anak burung. Dalam sebahagian spesies, anak-anak burung itu sendiri membina kembali dinding yang pecah itu tanpa bantuan burung dewasa.
Jenis Enggang
Antara jenis-jenis burung Enggang adalah:-- Burung Enggang Badak
- Burung Enggang Jambul Hitam
- Burung Enggang Belukar
- Burung Enggang Jawa
- Burung Enggang Kedut
- Burung Enggang Papan
- Burung Enggang Tangling
- Burung Enggang Kelingking
- Burung Enggang Gunung
- Burung Enggang Belantara
- Burung Enggang Belulang
- Burung Enggang Tebang Mentua
- Burung Enggang Bukit
- Burung Enggang Jambul Putih
- Burung Enggang Dahan
- Burung Enggang Gatal Birah
- Burung Enggang Paruh Merah
No comments:
Post a Comment